Program Klik Dengan Bijak (KDB) SMKA SHOAW
23 Ogos 2015 | Aktiviti TerkiniPada 22 Ogos 2015, Pusat Internet Krokong dengan kerjasama dari pihak PI Kg Telaga Air, PI Sibuluh, PI Kg Pandan, PI Kg Pasir Pandak, PI Kg Bra'ang Bayur dan PI Tebelu telah mengadakan program Klik Dengan Bijak yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab. Program ini telah dihadiri oleh seramai 314 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar daripada Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 SMKA SHOAW.Tujuan utama perlaksanaan program ini adalah mendidik para pelajar agar menggunakan internet dengan selamat serta melahirkan insan yang bertanggungjawab dan sentiasa berwaspada semasa melayari internet.Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah ceramah KDB, tayangan video pendek KDB serta aktiviti permainan KDB seperti "Perasaan", "Telefon Karat", "Action Kamen", "Bomb Squad" dan "Kiri Duri Kanan Pun Berduri". Selain itu, sesi soalan kuiz turut diselitkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: